SURAT PEMBACA
Saudara Editor,
Usaha Putera UMNO mendekati golongan yang digelar “Mat Rempit†seharusnya diberikan pujian. Umumnya ramai berpendapat golongan “Mat Rempit†sebagai satu bebanan sosial baru selain penagihan dadah dan jenayah ragut.
Golongan ini ditafsirkan sebagai kumpulan anak muda yang leka dengan keseronokan dunia mereka sendiri. Aktiviti utama kumpulan ini adalah berlumba di jalan raya. Golongan ini juga dikaitkan dengan pergaulan bebas.
Ramai yang berpendapat golongan ini sukar untuk didekati. Malah dilaporkan golongan ini pantang ditegur kerana beberapa kejadian di mana mereka boleh bertindak ganas dengan memukul sesiapa sahaja yang cuba melarang atau menasihatkan mereka terutama ketika mereka beraksi di jalan raya.
Namun tanggapan umum ini cuba dinafikan oleh Putera UMNO menerusi pendekatan mereka untuk mendekati dan menyelami jiwa mereka.
Ternyata pendekatan untuk bersama dengan mereka dan seterusnya menyediakan program-program positif yang mengikut selera mereka adalah langkah awal yang boleh memberi kesan yang baik.
Mereka suka bermotor maka kita tidak ada pilihan selain memikirkan aktiviti yang tidak memisahkan mereka dengan motor.
Oleh kerana itu dalam beberapa program yang diadakan oleh Putera UMNO kesemuanya membabitkan aktiviti bermotor seperti konvoi kemerdekaan, konvoi kemanusiaan dan terbaru konvoi untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat di Lumut, Perak.
Kita melihat inilah sumbangan awal yang boleh kita lakukan untuk membetulkan sosial anak muda yang tergelincir ini.
Golongan Mat rempit sememangnya tiada hala tuju atau idealisme yang positif baik untuk negara mahu pun kepada diri mereka sendiri.
Namun usaha awal Putera UMNO ini setidak-tidaknya memperlihatkan ada usaha mendekati golongan ini secara psikologikal.
Inisiatif Putera UMNO tepat pada masanya kerana bukan mudah untuk mengeluarkan golongan Mat Rempit ini dari dunia keseronokan membuta tuli mereka.
Sebelum ini tidak ada mana-mana pihak yang tampil untuk bersama dengan golongan ini bagi memberi dorongan dan galakan kepada mereka agar tidak mendekati gejala sosial yang hanya memusnahkan masa depan mereka.
Mereka yang sebelum ini hanya dikatakan tertumpu kepada lumba motosikal secara haram mungkin sedikit demi sedikit boleh dipandu arah untuk bergaul erat dengan masyarakat setempat.
Sememangnya pada peringkat awal Putera UMNO akan menghadapi kesukaran dan rintangan untuk mengubah mereka. Namun ini lebih baik dari kita berpeluk tubuh dan hanya tahu menghukum golongan Mat Rempit ini.
Diharapkan juga Putera UMNO tidak hanya bersemangat “hangat-hangat tahi ayamâ€. Namun kita percaya jika semua pihak bekerjasama, inisiatif Putera UMNO tidak akan terhenti di pertengahan jalan.
Mat Rempit Senior, KL
Sumber:
http://www.pemudaumno.org.
No comments:
Post a Comment