Sunday, 10 July 2011

BTP sedia bahan P&P pelbagai media

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0516&pub=utusan_malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_03.htm&arc=hive

BAHAGIAN Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan.
Selaras dengan perubahan landskap pendidikan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pengupaya, BTP telah menjadi penggerak utama dalam pembangu nan Dasar ICT dalam Pendidikan bagi mewujudkan anjakan transformasi untuk membina daya saing negara yang mempunyai masyarakat berpengetahuan abad ke-21.
BTP menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam pelbagai media dan memantau pengurusan dan pembangunan pusat sumber sekolah serta program literasi maklumat.
BTP turut menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta P&P yang diterbitkan melalui pelbagai medium elektronik dan media cetak selain memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Khidmat kepakaran dan nasihat juga ditawarkan bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah.
Selain itu, BTP juga telah melaksanakan program-program pemantapan pembestarian sekolah dalam usaha membangun modal insan yang mampu bersaing di peringkat global, inovatif dan kreatif, bertepatan dengan peranannya sebagai peneraju teknologi pendidikan.
Di Festival Hari Guru 2011 yang berlangsung di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak, BTP mempamerkan status penarafan sekolah menerusi Smart School Qualification Standards (SSQS), e-bahan di LMS dan video P&P dari portal EduwebTV yang diintegrasikan ke dalam P&P menerusi slot sesi P&P Bestari, program Kampus ASTRO dan pelbagai bahan multimedia serta educational games yang berkonsepkan Fun in Learning.
Pelajar dan guru boleh mendapatkan bahan-bahan tersebut menerusi spp.moe.edu.my dan eduwebtv.com.

10 comments:

  1. macam2 ada di btpn...kita ja yg malas nakp cari...saya selalu p library btpn...seronok ...sunyi ja...aman dan tenteram...

    ReplyDelete
  2. salam..betul tu bahan btp anayak bagi membantu pengajaran dan pembelajaran...sebagai guru kita sepatutnya mengguna kemudahan dengan sebaiknya

    ReplyDelete
  3. BTP sentiasa memberikan khidmat bantu terbaik untuk para guru khususnya dalam pembangunan PSS.

    ReplyDelete
  4. BTP sudah menyediakan pelbagai bahan yang kita perlukan. Cuba ke pspn, apa yang kita nak untuk p&p boleh didapati di sana

    ReplyDelete
  5. carilah bahan ICT dalam P&P bagi membantu dan memudahkan pembelajaran

    ReplyDelete
  6. BTP, PSPN, PKG ada memberikan kemudahan untuk guru....

    ReplyDelete
  7. BTP membantu guru untuk menjadi seorang guru yang hebat dan kreatif.Gunakan ICT sebaik yang boleh.

    ReplyDelete
  8. BTP banyak menyediakan kemudahan untuk membantu guru menjalankan P&P.

    ReplyDelete
  9. BTP berjaya membantu tetapi guru kurang 'berjaya' menggunakan kemudahan yang disediakan.

    Hmmm, kena pertingkatkan lagi kegunaan bahan nih...

    ReplyDelete